Dua Bekas Pemain Kedah DA Menang Tuntutan Saman
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Dua bekas pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC) telah memenangi tuntutan saman dengan kelab itu berhubung tuntutan tunggakan gaji.

Dua pemain yang dimaksudkan ialah pemain sayap Haiti, Sony Norde dan bekas pemain kebangsaan, Irfan Zakaria.

Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam melaporkan tuntutan yang dikemukakan Irfan kepada Majlis Resolusi Pertikaian Kebangsaan (NDRC) berhubung tunggakan gaji dengan Kedah DA sudah diterima.

Justeru, NRDC telah mengarahkan pengurusan Sang Kenari membayar RM419,000 dan faedah sebanyak 5% kepada pemain Melaka FC itu.

“Lepas Sony Norde, Irfan Zakaria menang tuntutan saman,” katanya di X.

“Difahamkan, Majlis Resolusi Pertikaian Kebangsaan (NDRC) memutuskan tuntutan Irfan Zakaria diterima dan kelab itu dikehendaki membayar kepada pengadu RM419,000 dan faedah 5% setahun dari keputusan ini dikeluarkan.”

Sebelum ini, Norde memenangi tuntutan kes berjumlah RM353,426.50 menerusi penghakiman Mahkamah Sesyen Alor Setar.

Ini selepas mahkamah mendapati pengurusan Sang Kenari bukan saja gagal melunaskan tunggakan gaji beliau selama tujuh bulan. Malah, kelab juga didapati gagal melunaskan yuran pendaftaran Norde.

Norde dan Irfan masing-masing menjadi sebahagian daripada pasukan Kedah DA musim 2024/25. Kedua-duanya masing-masing merekodkan 19 dan 17 penampilan.