Tawaran Lumayan Kelab EPL Buat Bintang Malaysia
MakanBola
Malaysia NT

Berita mengenai tawaran lumayan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) buat tonggak Malaysia mula tular.

Laporan daripada Cedena SER memaklumkan mengenai berita perpindahan Deportivo Alaves termasuklah beberapa muka baharu yang menyertai pasukan.

Antara muka baharu yang mencuri tumpuan ialah bekas bintang Barcelona, Denis Suarez dan juga Carles Alena yang menyertai pasukan pada perpindahan ini.

Satu berita mengejutkan selepas laporan itu mendakwa sebuah kelab EPL bersedia untuk membelanjakan €10 juta (RM49 juta) untuk mendapatkan khidmat tonggak Harimau Malaya, Facundo Garces pada hari terakhir tetingkap perpindahan musim panas 2025.

Walau bagaimanapun, tawaran yang diberikan kepada pemain berusia 25 tahun itu telah pun ditolak oleh pengurus Alaves, Eduardo Coudet.

Beliau menyatakan alasan bahawa pemain kelahiran Santa Fe itu merupakan tonggak penting kelab buat masa ini.

Kelab juga melihat bahawa tempoh masa yang suntuk untuk mencari pengganti turut mendorong kelab LaLiga itu menolak hajat kelab tersebut.

Garces kini menyertai senarai 29 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih, Peter Cklamovski bagi menghadapi Singapura dan Palestin