King’s Cup: Thailand Menang Besar Kalahkan Fiji
MakanBola
CHANGSUEK

Thailand berjaya membenam cabaran pasukan Fiji di aksi pembukaan King’s Cup dengan keputusan 3-0 pada Khamis.

Skuad tuan rumah, Thailand menurunkan Ekanit Panya mengemudi di jentera serangan dan Ben Davis sebagai pemain tengah manakala Saranon Anuin menggalas tanggungjawab di benteng terakhir.

Sementara itu, pasukan Fiji membariskan Isikeli Sevanaia di bahagian penjaga gol dan Thomas Dunn sebagai ayam tambatan skuad tersebut pada aksi ini.

Thailand memulakan perlawanan ini dengan begitu laju bagi memperoleh gol pertama di hadapan penyokong sendiri.

Skuad tuan rumah berjaya membuka akaun jaringan perlawanan pada minit ke 10′ menerusi Ben Davis bagi memastikan pasukan tersebut mendahului perlawanan ini.

Berselang 7 minit skuad Thailand berjaya menambah jaringan hasil pemain kelab Port, Teerasak Poeiphimai bagi menambah derita Fiji.

Tersentak dengan 2 jaringan tersebut skuad Fiji turut melakukan percubaan ke arah gawang pasukan Thailand namun ketangkasan penjaga gol pasukan kebangsaan tersebut, Saranon Anuin harus diberi pujian.

Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan keputusan 2-0 memihak kepada pasukan tuan rumah, Thailand.

View this post on Instagram

A post shared by ช้างศึก ฟุตบอลทีมชาติไทย 🇹🇭 (@changsuek)

Bersambung babak kedua perlawanan, skuad tuan rumah, Thailand berjaya menjaringkan gol ke 3 seawal minit ke 47′ hasil gol dari Poramet Arjvirai.

Pasukan Thailand semakin meningkatkan intensiti permainan bagi memperoleh gol ke 4 bagi memastikan memenangi perlawanan dengan keputusan lebih besar.

Fiji ketinggalan 3 jaringan masih berdisiplin walaupun skuad tuan rumah masih bernafsu mencari jaringan tambahan.

Memasuki minit ke 80′ keputusan perlawanan masih didahului oleh pasukan tuan rumah, Thailand dengan kelebihan 3 gol.

Perlawanan tamat dengan keputusan 3-0 memihak kepada pasukan tuan rumah, Thailand bagi aksi pembukaan King’s Cup 2025.