ONE Championship: Johan Ghazali Perlu Dua Minit Tumbangkan Zakaria El Jamari
UltraSukan
Johan Ghazali

Jaguh Muay Thai Malaysia, Johan Ghazali akhirnya meraih kemenangan pada tahun 2025 selepas menewaskan jaguh Maghribi, Zakaria El Jamali.

Selepas tewas dua aksi sebelumnya dengan keputusan juri, ramai peminat mengharapkan Johan dapat bangkit untuk aksi ONE Fight Night 35.

Lawan Johan, Zakaria juga terdesak memburu kemenangan selepas tewas dalam aksi beliau sebelumnya.

Menariknya, antara lawan yang berjaya menumbangkan beliau ialah seorang lagi jaguh Malaysia, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib.

Aliff menewaskan Zakaria pada Ogos 2024. Beliau juga turut menumbangkan adik beliau, Elmehdi El Jamari dalam satu lagi pertarungan ONE Championship pada Jun lalu.

Sebaik kedua-dua jaguh bertemu di gelanggang, Johan tampil garang dengan mengasak Zakaria.

Selepas pada awalnya menyerang jaguh Maghribi itu dengan tendangan kaki, jaguh berusia 18 tahun itu memanfaatkan tumbukan ke atas Zakaria.

Serangan demi serangan yang dilancarkan Johan menyebabkan jaguh Algeria itu tumbang dalam tempoh kurang dari dua minit.

Itu sudah cukup buat Johan meraih kemenangan pertamanya dalam tahun 2025.