Imanol Machuca Raih Trofi Kedua Bersama Velez Sarsfield
MakanBola
Velez Sarsfield

Pemain sayap Harimau Malaya, Imanol Machuca meraih trofi kedua bersama kelab Argentina, Velez Sarsfield.

Ini selepas kelab itu meraih trofi Supercopa Argentina dengan menewaskan Central Cordoba 2-0 dalam aksi piala tersebut hari ini.

Selepas meraih trofi Supercopa International pada Julai lalu, El Fortin berpeluang menambah satu lagi trofi. Ini dilihat turut menyuntik semangat Velez untuk meneruskan prestasi baik dalam liga.

Aksi ini turut mempengaruhi keputusan pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski untuk tidak memanggil Machuca untuk dua aksi antarabangsa bulan September.

Selepas terikat tanpa jaringan pada babak pertama, Velez tampil lebih garang pada babak kedua, Hasilnya, Jano Gordon meletakkan El Fortin di hadapan pada minit ke-50.

Central Cordoba cuba bangkit untuk mendapatkan jaringan penyamaan. Velez menamatkan sisa perjuangan mereka menerusi gol kedua pada minit ke-86.

Menariknya, ini juga trofi pertama buat bekas bintang West Ham United, Manuel Lanzini bersama El Fortin. Ini selepas Lanzini melengkapkan perpindahan ke Velez baru-baru ini.