Iraq Juara King’s Cup 2025, Hampakan Thailand
MakanBola
CHANGSUEK

Iraq berjaya membenam cabaran pasukan tuan rumah, Thailand di perlawanan akhir King’s Cup 2025 pada Ahad dengan keputusan 0-1.

Pasukan tuan rumah, Thailand menurunkan Patiwat Khammai di bahagian penjaga gol dan Nicholas Mickelson di posisi pertahanan kiri manakala Supachai Chaided mengemudi jentera serangan.

Sementara itu, skuad Iraq membariskan Jalal Hassan di posisi benteng terakhir dan penyerang berprolifik Iraq iaitu Aymen Hussein.

Skuad Iraq terus mengasak kubu pasukan tuan rumah sebaik wisel permulaan perlawanan bagi memperoleh gol pendahuluan.

Segala percubaan skuad tersebut gagal menembusi gawang Thailand hasil kecekapan dan disiplin pemain-pemain Changsuek tersebut.

Thailand turut melakukan beberapa serangan berbahaya ke gawang skuad Iraq namun gagal mencipta jaringan.

Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan keputusan terikat tanpa jaringan bagi kedua-dua pasukan.

Bersambung babak kedua perlawanan, skuad Iraq masih mengekalkan intensiti permainan tinggi bagi memastikan membawa pulang kejuaraan tersebut.

Pasukan Iraq terus menyerang kubu pasukan Thailand namun ketangkasan penjaga gol skuad tersebut harus diberi pujian.

Memasuki minit ke 70′ perlawanan kedua-dua pasukan masih buntu mencari gol pembukaan perlawanan bagi memperoleh kemenangan sekaligus merangkul kejuaraan King’s Cup tahun ini.

Skuad Iraq akhirnya berjaya membuka akaun jaringan perlawanan menerusi pemain gantian Mohanad Ali pada minit ke 75′.

Ia sekaligus menghidupkan peluang skuad ranking 58 tersebut bagi menjuarai pertandingan ini.

Thailand yang tersentak dengan jaringan tersebut terus menggandakan serangan bagi menceriakan ribuan penyokong sendiri.

Segala usaha pasukan Thailand di 7 minit terakhir masa tambahan separuh masa kedua tidak menemui hasil.

Perlawanan tamat dengan keputusan 0-1 memihak kepada pasukan pelawat, Iraq sekaligus menjadi juara King’s Cup 2025.