Kelibat Richard Chin Berjubah Tarik Perhatian Peminat Harimau Malaya
MakanBola
Malaysia NT

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Richard Chin mencuri perhatian penyokong dengan memakai jubah.

Pemain Raith Rovers berusia 22 tahun itu kelihatan segak memakai jubah ketika menyertai skuad kebangsaan di Masjid Sultan Abu Bakar pada 7 September lalu.

Pada hari tersebut, skuad negara dan skuad kebangsaan Palestin diraikan oleh DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

Selain menunaikan solat Maghrib dan solat hajat berjemaah, baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan peribadi dan derma kerajaan Johor berjumlah RM2.5 juta.

Sumbangan itu disampaikan kepada Duta Besar Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali. Selain itu, baginda turut berkenan menerima jersi skuad Palestin dan bergambar bersama para pemain pasukan itu.

Selain berjubah, Richard juga turut berkesempatan menunaikan solat bersama para jemaah di Masjid Sultan Abu Bakar.

Sebaik imej ini disedari ramai penyokong di laman Malaysia NT, ramai penyokong mengakui teruja melihat beliau. Ramai peminat tidak menyangka Richard sebenarnya seorang Muslim.

Hal ini turut dikongsikan seorang penyokong bernama Abe SamUrye Kurdistani apabila dia mengajukan soalan itu kepada beliau. Apabila ditanya tentang statusnya sebagai Muslim, Richard memberi jawapan ya.

544408532 1253779866548679 768633046480701486 n Kelibat Richard Chin Berjubah Tarik Perhatian Peminat Harimau Malaya

Seorang lagi penyokong bernama Ahn De Ven pula cukup seronok melihat pemain negara terlibat dalam aktiviti bersifat kerohanian sehari sebelum perlawanan.

“Wah, tak tahu pula Richard Chin Muslim! Alhamdulillah, sejuk hati tengok pemain negara buat aktiviti macam ini,” katanya di X.

Malaysia akan berdepan Palestin di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 8 September.