Jumlah Mata, Ranking FIFA Malaysia Selepas Atasi Singpapura & Palestin
MakanBola
Malaysia NT

Malaysia mengumpul tambahan mata penting selepas menewaskan Singapura dan Palestin sekali gus meningkatkan ranking FIFA semasa.

Skuad kendalian Peter Cklamovski merekodkan kemenangan pertama pada aksi persahabatan Tier 1 selepas menundukkan pasukan ke-159 dunia, Singapura dengan keputusan 2-1.

Kemenangan itu membolehkan pasukan kebangsaan memungut tambahan +3.86 mata sekali gus membantu Harimau Malaya untuk melonjak dua anak tangga.

Malaysia terus mempamerkan persembahan konsisten sejak diambil alih oleh Cklamovski apabila merakamkan kemenangan kedua ke atas Palestin di Stadium Sultan Ibrahim dengan keputusan 1-0.

Kejayaan itu membolehkan Harimau Malaya mendapat +5.89 mata tambahan yang membawa kepada jumlah keseluruhan +9.75 mata.

Kedudukan terbaru menyaksikan Harimau Malaya melonjak dua tangga (123 dunia) berbanding ke-125 dunia berdasarkan kemas kini ranking masa-nyata FIFA.

Malaysia kini menjadi pasukan keempat terbaik di Asia Tenggara selepas Thailand (102), Vietnam (112) dan Indonesia (119).

Ujian berikutnya buat Malaysia adalah aksi Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Laos pada dua aksi, masing-masing pada 9 dan 14 Oktober ini.