Kehadiran pemain warisan Harimau Malaya dilihat memberi impak positif buat Malaysia khususnya dalam carta ranking FIFA dan diakui sendiri oleh jurulatih dari luar negara.
Pasukan Harimau Malaya menempuhi satu revolusi besar-besaran dengan melantik bekas jurulatih FC Tokyo, Peter Cklamovski sebagai pengendali skuad negara pada awal tahun.
Malah, pasukan kebangsaan turut diperkuat dengan pemain-pemain warisan yang dikenal pasti untuk membawa cabaran Malaysia di aksi Kelayakan Piala Asia 2026 yang bermula Mac lalu.
Gabungan antara tenaga tempatan dan pemain warisan telah meletakkan Malaysia di landasan tepat untuk muncul sebagai pasukan yang mampu berdaya saing dengan negara-negara lain.
Ini dibuktikan dengan prestasi pasukan Harimau Malaya yang masih belum kalah dalam 5 perlawanan kompetitif sepanjang tahun 2025 ini dengan merekodkan 4 kemenangan dan satu keputusan seri.
Selain itu, kenaikan ranking dari tangga ke-132 pada bulan Disember tahun lalu sehingga menghampiri kelompok 120 terbaik dunia kini mencerminkan perkembangan pesat skuad negara.
Ketika aksi persahabatan menentang Palestin baru-baru ini, jurulatih lawan, Ihab Abu Jazar percaya seandainya revolusi Harimau Malaya tercetus lebih awal, Malaysia akan memiliki ranking FIFA yang lebih baik.
“Ranking bukan segala-galanya.”
“Kalau Malaysia memiliki pemain-pemain ini sejak dari dulu lagi, ranking mereka akan berada jauh lebih baik,” kata Ihab Abu Jazar selepas perlawanan tempoh hari.
Kemas kini ranking baharu menyaksikan Harimau Malaya berada di kedudukan ke-123 dunia, meningkat dua anak tangga berbanding