“Dia Pemain Yang Bijak” – Asmawi Bakiri
MakanBola
Malaysia NT

Lagenda bola sepak negara, Asmawi Bakiri yakin Malaysia sudah memiliki solusi unuk bahagian serangan ketika ini.

Skuad kendalian Peter Cklamovski mencatatkan dua kemenangan berharga pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 pada September ini.

Harimau Malaya merekodkan kemenangan 2-1 menentang pasukan ke-159 dunia, Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebelum satu lagi kejayaan menewaskan Palestin di Stadium Sultan Ibrahim, 9 September 2025.   

Menerusi satu analisis Asmawi pada segmen XI Utama Astro Arena, beliau menjelaskan persoalan yang telah diajukan oleh hos segmen, Hanif Miswan.

Katanya, profil yang dimiliki oleh pemain warisan baharu negara ini membolehkan beliau untuk membantu bahagian serangan Harimau Malaya.

“Apabila kita membawa beliau (Joao Figueiredo) bersama Harimau Malaya, profil beliau menunjukkan bahawa Joao sememangnya pemain yang sering menjaringkan gol.

“Beliau bukannya pemain yang perlu bekerja keras untuk melepasi 3-4 pemain. Joao merupakan seorang pemain yang bijak.

Ketajaman penyudah pemain berusia 29 tahun ini lebih terserlah apabila beliau berada lebih hampir dengan kawasan gol lawan.

“Rekod menunjukkan bahawa beliau banyak menjaringkan gol dalam kawasan kotak penalti,” katanya kepada Astro Arena.

Ujian berikutnya buat Harimau Malaya adalah aksi menentang Laos bagi Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027, Oktober ini.