Wan Rohaimi Mahu Penang Bijak Kawal Situasi Lawan JDT
MakanBola
PENANG FC

Ketua jurulatih Penang, Wan Rohaimi mahu skuad beliau bijak mengawal situasi ketika berdepan pasukan JDT pada Khamis.

Penang bakal meneruskan aksi Liga Super dengan menentang Harimau Selatan bagi perlawanan ke 5 skuad tersebut musim ini.

Skuad Harimau Kumbang turut memburu kemenangan pertama Liga Super musim 2025-2026 selepas hanya mencatatkan 1 seri dan 3 kekalahan dalam 4 perlawanan pertama.

Menurut Wan Rohaimi, skuad beliau dalam kondisi terbaik untuk menentang pasukan Harimau Selatan.

“Umum mengetahui kekuatan skuad JDT. Skuad tersebut boleh dikatakan sempurna di semua bahagian dan Penang dalam keadaan terbaik untuk bertemu Harimau Selatan.”

Tambah beliau, JDT sentiasa mengawal hampir keseluruhan perlawanan dan tidak membenarkan pasukan pelawat menguasai jumlah hantaran dengan lama.

“JDT sentiasa memberi tekanan sehingga pasukan pelawat tidak mampu membuat 5-6 hantaran dalam satu masa jadi saya berharap Penang bijak mengawal situasi ketika berdepan JDT,” kata Wan Rohaimi dalam sesi temubual bersama Zulhelmi Zainal Azam.

Skuad Penang bakal bertemu JDT dalam aksi ke 5 saingan Liga Super pada Khamis di Stadium Sultan Ibrahim.