Ketiadaan bintang ternama KL City, Paulo Josue bersama skuad kebangsaan Malaysia ketika aksi persahabatan September ini akhirnya terjawab.
Beliau menyertai skuad KL City pada tahun 2017 sekaligus melayakkan diri beliau menjadi pemain naturalisasi skuad Malaysia pada tahun 2023.
Paulo Josue disenaraikan dalam panggilan skuad Malaysia bagi aksi persahabatan ini bersama-sama beberapa pemain seperti Arif Aiman, Joao Figueiredo dan Romel Morales di posisi penyerang.
Walaubagaimanapun, kelibat Paulo Josue bagi kedua-dua aksi tersebut tidak kelihatan sekaligus menjadi tanda tanya buat para peminat pemain tersebut.
Menerusi hantaran di Instagram, Paulo Josue menjelaskan bahawa beliau tidak diturunkan ketika aksi tersebut disebabkan mengalami sedikit kecederaan.
“Mengalami kecederaan di bahagian lutut ketika sesi latihan terakhir sebelum menentang skuad Singapura. Saya tidak bersedia untuk diturunkan dalam aksi kali ini,” tulis Paulo Josue di laman Instagram.
Beliau melakukan debut bersama skuad kebangsaan Malaysia adalah pada 23 March 2023 ketika menentang Turkmenistan dan telah mencatatkan 26 penampilan dan 9 gol sepanjang 2 tahun ini.
Skuad Malaysia bakal meneruskan aksi dalam pusingan kelayakan Piala Asia 2027 dengan menentang Laos pada bulan Oktober.