Kerakyatan Unik: Facundo Garces Turut Tersenarai Di Transfermarket
MakanBola
MALAYSIA NT

Pemain warisan baharu Malaysia, Facundo Garces turut tersenarai di Transfermarket bagi kerakyatan unik.

Facundo rasmi mewakili Malaysia adalah pada 2 Jun lalu selepas menerima kerakyatan di ibu negara.

Beliau menyertai skuad kebangsaan Malaysia ketika aksi kelayakan Piala Asia 2027 Arab Saudi dengan menentang Vietnam pada 10 Jun lalu.

Facundo mendapat kerakyatan Malaysia dari nenek beliau yang merupakan warganegara Malaysia meskipun lahir di Argentina.

Beliau sekarang merupakan pertahanan kental untuk kelab dari La Liga iaitu Alaves yang bermain di divisyen 1 Sepanyol.

Facundo Garces turut tersenarai dalam satu hantaran media sosial oleh Transfermarket sebagai seseorang pemain yang mempunyai kerakyatan unik bersama-sama dengan Chris Wood dan Abdukhodir Khusanov.

Facundo Garces dijangka kembali beraksi bersama skuad kebangsaan Malaysia adalah pada Oktober dengan menentang Laos bagi aksi kelayakan Piala Asia 2027.