Uruguay ‘Singgah’ KL & Melaka Adakan Aksi Persahabatan
MakanBola
AUF SELECCION URUGUAYA

Skuad kebangsaan Uruguay memilih Kuala Lumpur dan Melaka untuk aksi persahabatan pada Oktober ini.

Pasukan ranking ke 16 itu bakal mengadakan perlawanan persahabatan dengan menentang 2 negara iaitu Republik Dominican dan Uzbekistan.

Uruguay terlebih dahulu bakal membuka aksi persahabatan bulan hadapan di Kuala Lumpur dengan menentang Republik Dominican pada 10 Oktober.

Stadium Cheras dijangka bakal menjadi venue perlawanan bagi aksi persahabatan tersebut.

Selepas itu, skuad julukan La Celeste itu bakal meneruskan aksi dengan menentang Uzbekistan di Melaka dan Stadium Hang Jebat berkemungkinan besar menjadi venue perlawanan.

Pasukan kebangsaan Uruguay dijangka membawa ramai pemain-pemain bintang dunia seperti Federico Valverde, Darwin Nunez dan Manuel Ugarte.

Uruguay telah menempah tiket ke Piala Dunia 2026 pada 4 September 2025 setelah mengakhiri pusingan kelayakan Piala Dunia peringkat CONMEBOL di tempat ke 4.