Ranking Malaysia Naik, Tekanan Vietnam Memuncak
MakanBola
VFF

Ranking Malaysia kini terus mencatatkan peningkatan mendadak dan meletakkan tekanan kepada jaguh Asia Tenggara, Vietnam.

Skuad kendalian Peter Cklamovski tampil dengan persembahan cemerlang apabila menewaskan pasukan ke-159 dunia, Singapura dengan keputusan 2-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Momentum luar biasa pasukan kebangsaan itu diteruskan apabila mencatatkan satu lagi kemenangan ke atas pasukan ke-98 dunia, Palestin menerusi kemenangan tipis 1-0.

Skuad kebangsaan berjaya meraih tambahan +9.75 mata daripada dua aksi penting tersebut untuk mengumpul 1148.23 berdasarkan kemas kini masa-nyata FIFA.

Malaysia kini merupakan pasukan keempat terbaik di Asia Tenggara selepas Thailand (102), Vietnam (114) dan juga Indonesia (119).

Kedudukan pasukan Kim Sang-sik terus mencuri tumpuan selepas dibelasah oleh Malaysia 4-0 pada aksi kedua Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027.

Terbaru, Bintang Pahlawan Emas tunduk 4-0 kepada kelab, Thép Xanh Nam Định pada satu aksi persahatan baru-baru ini sekali gus memberikan tamparan hebat buat pasukan.

Situasi semasa menyaksikan Harimau Malaya hanya terpisah 9 anak tangga dengan Vietnam menjelang aksi ketiga kelayakan.

Kedua-dua pasukan bakal bertemu sekali lagi pada aksi terakhir kumpulan pada 31 Mac 2026 di  Vietnam.