Nidzam Jamil Tak Mahu Risikokan Luqman Hakim
MakanBola
Negeri Sembilan FC

Pengendali Negeri Sembilan FC, Nidzam Jamil tidak mahu mengambil risiko terhadap penyerang muda pasukan, Luqman Hakim.

Pengendali muda itu berjaya membantu skuad Jang untuk mara ke pentas suku akhir Piala FA 2025-26 selepas menyingkirkan PDRM FC menerusi agregat 5-1.

Ketiadaan tonggak berusia 23 tahun itu dalam skuad menentang The Kops menjadi tanda tanya peminat setelah beberapa aksi tidak diturunkan.

Perkara ini bagaimanapun sudah berada dalam percaturan Nidzam yang tidak mahu mengambil risiko untuk menurunkan bekas pemain KV Kortrijk itu.

 “Ada satu dua perkara yang saya tidak mahu untuk mengambil risiko. 

“Liga ini perjalanannya ibarat marathon, bukannya permulaan 100 meter,” katanya kepada Fadhirul Suhaimi, Astro Arena.

Bekas jurulatih Selangor itu sudah merangka percaturan rapi bagi memastikan kepulangan Luqman lebih efektif bersama pasukan.

“Saya boleh meletakkannya untuk beraksi 10-20 minit tetapi kita berisiko untuk kehilangannya sekali lagi.

“Lebih baik menyimpannya seketika dan selepas itu, kita dapat menggunakannya sepanjang musim,” tambahnya.

Negeri Sembilan bakal menghadapi tentangan Imegresen pada aksi Liga Super berikutnya yang dijadualkan berlangsung pada 20 September 2025.