Farizal Marlias Kongsi Rahsia Tano Solari
MakanBola
Johor Southern Tigers

Bekas penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias mendedahkan bekas jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari sangat teliti ketika melatih pasukan itu.

Pandangan itu dibuat beliau semasa menjadi tetamu program Borak-Borak Botak baru-baru ini.

Farizal percaya ini ada kaitan dengan strategi permainan Solari yang gemar memulakan permainan dari bahagian pertahanan. Selain Solari, jurulatih Mexico, Benjamin Mora turut menggunakan strategi sama.

Coach Tano (Solari dan) Coach Benjamin (Mora). Mereka suka (strategi permainan) jenis mula dari bawah. Tapi kalau sejujurnya, Coach Tano lebih efektiflah sebab dia sangat teliti.

“Contoh dari segi tekanan secara agresif, kita satu pasukan akan tekan (pihak lawan). Kau tahu pemain pertahanan (kaki mana lebih kuat), kaki kanan atau kiri. Semua pemain kena tahu.

“Bila kekuatan dia di kaki kanan, kita akan halang dia dari kanan. Biar paksa dia tarik (bola) ke kaki kiri (iaitu) kaki yang lemah,” katanya.

Solari menggalas peranan selaku jurulatih JDT pada 2023. Meskipun hanya sempat bersama selama semusim, beliau membantu pasukan itu meraih empat trofi termasuk Liga Super dan Piala Malaysia.

Selepas meninggalkan JDT, Solari kemudiannya melatih CD Everton di Chile dan Godoy Cruz di negara kelahirannya, Argentina.