Lima pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) tiada dalam senarai awal pasukan itu menjelang aksi pertama Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) menentang Buriram United.
Lima pemain yang tidak tersenarai ialah Matthew Davies, Feroz Baharudin, Hong Wan, Iker Undabarrena dan Heberty Fernandes.

Ini berdasarkan senarai awal pasukan ACLE berdasarkan semakan di laman sesawang AFC. Ketiadaan Matthew, Feroz dan Hong Wan dibuat jurulatih JDT, Xisco Munoz atas faktor kecergasan.
Davies dan Feroz fokus menjalani pemulihan akibat kecederaan. Hong Wan pula membina semula kecergasannya selepas pulih daripada jangkitan aneh yang memaksa beliau berehat hampir setahun.
Dua tonggak import baru JDT, Raul Parra dan Ager Aketxe tersenarai dalam skuad yang menentang Buriram.
Selain mereka, Munoz turut memanggil trio pemain muda import iaitu Teto Martin, Celso Bermejo dan Franco Casquette.
Untuk rekod, senarai pendaftaran pemain boleh berubah dari semasa ke semasa. Ini memberi peluang kepada lima pemain ini kembali beraksi bersama JDT di pentas ACLE.