Dua jaguh Asia Tenggara, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Buriram United mencatatkan jurang ranking semasa di Asia.
Kedua-dua pasukan bakal bertemu pada aksi pembukaan kempen AFC Champions League Elite (ACLE) pada Selasa di Stadium Buriram.
Rekod pertemuan terakhir menyaksikan skusd kendalian Osmar Loss merekodkan kemenangan tipis 1-0 secara agregat pada pusingan kalah mati ACLE, musim lalu.
Berdasarkan kemas kini laman Opta Analyst, JDT kini berada pada ranking ke-9 di Asia dengan 78.3 mata dan menjadi satu-satunya pasukan dari Asia Tenggara dalam kelompok 10 terbaik.
Opta Analyst ialah sebuah platform analisis data sukan yang dibangunkan Menyediakan data statistik dan analisis mendalam untuk pelbagai jenis sukan termasuklah bola sepak.
Buriram United yang merupakan juara bertahan Thai League 1 turut mengekori kedudukan JDT apabila berada di tangga ke-28 di Asia dengan 73.6 mata.
Rekod semasa menyaksikan skuad kendalian Xisco Munoz menang kesemua tujuh perlawanan musim ini manakala merakamkan tiga kemenangan dalam 4 aksi terakhir.
Aksi antara Buriram vs JDT dijadualkan berlangsung pada 16 September 2025 di Chang Arena pada jam 8.15 malam.