Pemilik Buriram United Mahu JDT Pulang Tangan Kosong
MakanBola
Buriram United

Amaran awal sudah dilontarkan Pemilik Kelab Buriram United, Newin Chidchob menjelang aksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan AFC Champions League Elite (ACLE).

Buriram United bakal turun melayani kunjungan JDT di laman sendiri pada Selasa sekaligus mengulangi aksi di pusingan kalah mati ACLE musim lalu yang dimenangi kelab Thailand itu.

Oleh itu, Pemilik Kelab Buriram United iaitu Newin Chidchob melihat aksi bertemu JDT di gelanggang sendiri ini umpama satu tuah besar apabila dapat bermain di hadapan peminat sendiri.

”Aksi pembukaan ACL Elite atau hari ini menyaksikan Buriram United bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) di laman sendiri.”

“Ini adalah satu tuah yang besar kerana dapat beraksi di hadapan penyokong Buriram United,” kata Newin Chidchob dalam satu kenyataan.

Peluang ini mahu digunakan sebaik mungkin oleh Newin Chidchob dengan menyeru kehadiran penuh penyokong Buriram United dalam usaha bagi memastikan JDT pulang tanpa 3 mata.

“Kami berharap agar kita semua bersatu hati, menyatukan tenaga untuk memberi tekanan kepada lawan (JDT) hingga mereka terpaksa pulang dengan tangan kosong,” tegasnya.

“Kami menyeru seluruh penyokong Buriram United hadir ke stadium, memberikan sokongan penuh dan menunjukkan kepada JDT betapa hebatnya suasana apabila kita bersatu hati.”

Aksi Buriram United vs JDT akan berlangsung pada Selasa di Chang Arena dengan sepak mula perlawanan dijadualkan jam 8.15 malam waktu Malaysia.