5 Muka Baru Kelantan RW, Ada Bintang Manchester United
MakanBola
Kelantan RW

Kelantan Red Warrior (KRW) melakukan persiapan lebih rapi bagi saingan musim 2025-26.

Skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim kini beraksi pada saingan Amateur Football League (AFL) dengan kombinasi pemain tempatan dan import berpengalaman.

Kelab Pantai Timur itu bagaimanapun mengharungi permulaan yang agak sukar  apabila masih tidak mencatatkan sebarang kemenangan selepas tiga perlawanan awal.

Kelantan RW hanya meraih dua keputusan seri dan satu tewas – kini menduduki tangga kedua tercorot liga dengan dua mata.

Barisan pemain yang membawa cabaran musim ini cukup luar biasa dengan pemain tempatan seperti Norshahrul Idlan Talaha, Muhaimin Izzuddin, Faiz Nasir, Muhammad Faudzi dan juga Yusri Yuhasmadi.

Kelantan RW juga membawa masuk pemain import berkualiti seperti pemain sayap England-Pakistan, Otis Khan dari Oldham Athletic dari League Two.

Tonggak berusia 29 tahun itu merupakan pemain dari Akademi Manchester United B-18 pada tahun 2012 dan pernah bersama beberapa kelab seperti Sheffield United xan Barnsley.

Selain itu, terdapat pemain seperti penyerang berusia 32 tahun, Ismael Dunga yang dibawa dari kelab J3 League, Kamatam Sanuki dan juga Emmanuel Mbarga dari Chainat FC di Thailand.

Saingan Liga A1 Semi Pro kini didahului oleh Armed Forces selepas empat perlawanan dengan 10 mata.