Peluang Malaysia ‘Potong’ Ranking 5 Negara Serentak
MakanBola
MALAYSIA NT

Malaysia berpeluang cerah untuk memintas ranking sekurang-kurangnya lima negara dalam satu masa.

Skuad kendalian Peter Cklamovski terus cemerlang mengekalkan rekod tanpa tewas sejak awal 2025 termasuklah kemenangan ke atas Singapura dan Palestin bagi aksi persahabatan Tier 1 baru-baru ini.

Harimau Malaya turut berhasil untuk memperbaiki kedudukan ranking FIFA semasa bagi tahun 2025 apabila melonjak dua tangga untuk menghuni kedudukan ke-123 dunia.

Situasi ini membolehkan skuad kebangsaan untuk meningkat dua anak tangga berbanding kedudukan terdahulu (125) dan menjadi pasukan keempat terbaik di Asia Tenggara.

Malaysia bagaimanapun boleh memperbaiki kedudukan lebih baik pada aksi Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027, Oktober ini sekiranya merekodkan kemenangan ke atas Laos.

Dua perlawanan menentang anak buah Ha Hyeok-jun menawakan tambahan +13.56 mata bagi dua aksi sekali gus berpotensi untuk menjadikan mata pasukan negara menjadi 1161.79 mata.

Peningkatan ini membolehkan Malaysia berpotensi untuk menembusi kelompok 110 terbaik dunia dan menduduki tangga ke-117 dunia.

Malaysia juga berpeluang untuk memintas pasukan seperti Niger (118), Indonesia (120), Korea DPR (122) dan juga Sierra Leone (123) sekiranya skuad negara meraih 6 mata pada aksi Oktober ini.

Aksi antara Harimau Malaya menentang Laos dijadual berlangsung pada 9 dan 14 Oktober jam 8.00 malam di dua venue berbeza.