Liga Super: JDT Jadikan Sabah Mangsa Kebangkitan
MakanBola
JOHOR SOUTHERN TIGERS

JDT berjaya bangkit menundukkan skuad Sabah dengan keputusan 8-0 selepas pasukan tersebut kalah dalam aksi pembukaan ACL Elite musim ini dengan Buriram United pada 16 September lalu.

Skuad Harimau Selatan membariskan Syihan Hazmi di bahagian penjaga gol dan Bergson Da Silva mengemudi jentera serangan manakala Afiq Fazail menggalas lilitan kapten.

Sementara itu, pasukan pelawat, Sabah menurunkan Gary Steven di posisi tengah dan Khairul Fahmi di benteng terakhir skuad tersebut.

Skuad Harimau Selatan tidak menunggu lama untuk membuka akaun jaringan perlawanan menerusi Oscar Arribas pada minit ke 6′ aksi.

Joao Figueiredo berjaya menambah gol kedua JDT pada minit ke 10′ hasil rembatan mudah di hadapan penjaga gol Sabah, Khairul Fahmi.

Joao Figueiredo sekali lagi menembusi gawang skuad Sabah hasil bantuan jaringan dari Arif Aiman pada minit ke 23′ aksi.

Skuad Sabah yang kian buntu mencari gol pertama perlawanan dilihat melakukan beberapa percubaan ke arah Syihan Hazmi namun segala percubaan tersasar.

Raul Parra meledak gol ke 4 untuk skuad Harimau Selatan pada minit ke 44′ bagi memastikan skuad tersebut mendahului dengan selesa.

Joao Figueiredo turut meledak gol ke 5 JDT pada masa kecederaan separuh masa pertama sekaligus mencatat hatrik sebelum tamat aksi di babak pertama perlawanan.

Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan keputusan 5-0 memihak kepada pasukan tuan rumah, JDT.

Bersambung babak kedua perlawanan, JDT terus mengasak kubu pasukan Sabah meskipun sudah berada di hadapan dengan 5 jaringan.

Bergson Da Silva menjaringkan gol ke 6 skuad JDT pada minit ke 60′ menerusi sepakan penalti selepas beliau dijatuhkan dalam kawasan kotak penalti oleh Dinesh Rajasingam.

Bergson sekali lagi meledak gol pada minit ke 74′ bagi memastikan skuad JDT mendahului aksi dengan 7 jaringan di hadapan.

Bergson berjaya mencatatkan hatrik pada minit akhir separuh masa kedua sekaligus menutup malam gemilang skuad JDT.

Perlawanan tamat dengan keputusan 8-0 memihak kepada pasukan tuan rumah, JDT.

JDT bakal meneruskan aksi dalam saingan Piala Shopee dengan menentang Bangkok United pada Khamis ini manakala Sabah bakal bertemu Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi bagi aksi Liga Super.