Melaka Bakal Dapat Jurulatih Baharu?
MakanBola
Melaka FC

Melaka dikhabarkan bakal memiliki jurulatih baharu selepas melalui kempen Liga Super musim ini dengan hanya 3 mata selepas 4 perlawanan.

Skuad tersebut hanya mencatatkan 3 seri dan 1 kekalahan dalam 4 aksi awal Liga Super musim ini.

Pasukan Melaka turut sudah bolos 6 jaringan dan hanya menjaringkan 2 gol dalam aksi saingan Liga.

Melaka telah melepaskan 2 pemain import iaitu pemain dari Brazil, Anderson Brito dan Filipina, Charles Dabao pada baru-baru ini.

Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam skuad tersebut turut dalam pertimbangan untuk membawa masuk ketua jurulatih baharu bagi baki saingan Liga Super musim ini.

“Melaka bakal lakukan rombakan. Selain sudah melepaskan dua pemain import Anderson Brito dan Charles Dabao, skuad Hang Tuah difahamkan juga dalam pertimbangan mendapatkan jurulatih baru,” kata Zulhelmi Zainal Azam dalam satu hantaran di laman X.

Ini akan menjadikan skuad Melaka akan tampil dengan lebih garang bagi aksi berikutnya dalam saingan Liga Super dan piala domestik Malaysia.