Eric Cantona Mahu FIFA & UEFA Haramkan Negara Haram
MakanBola
UEFA

Bekas pemain Manchester United, Eric Cantona menginginkan FIFA & UEFA haramkan negara haram dari menyertai pertandingan bola sepak peringkat antarabangsa.

Beliau yang merupakan bekas penyerang sensasi Manchester United dan Perancis itu sangat membanteras terang-terangan isu negara haram tersebut.

Eric Cantona mengucapkan perkara tersebut pada konsert Bersama Untuk Palestin di London pada malam Rabu.

Beliau mahu Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mengambil tindakan kepada negara haram tersebut.

Ia selari dengan sekatan yang dikenakan ke atas Russia berikutan pencerobohan mereka ke atas Ukraine.

Menurut laporan Daily Mail, Eric Cantona mengatakan bola sepak antarabangsa ialah lebih dari sekadar sukan dan mengharapkan negara haram tersebut disekat secepat mungkin.

“Dengan cara sebuah negara mewakili dirinya di pentas global, masanya telah tiba untuk menggantung negara haram daripada keistimewaan itu”.

“Empat hari selepas Russia memulakan perang di Ukraine, FIFA dan UEFA menggantung Russia”.

“Kita kini sudah 716 hari dalam apa yang disebut oleh Amnesty International sebagai pembunuhan beramai-ramai – namun negara haram terus dibenarkan untuk mengambil bahagian,” kata Eric Cantona dalam konsert tersebut.