Ousmane Dembele Rangkul Ballon D’Or 2025
MakanBola
BALLON D’OR

Penyerang sensasi PSG dan Perancis, Ousmane Dembele berjaya merangkul gelaran Ballon D’Or pada tahun ini.

Beliau yang telah menunjukkan prestasi di tahap terbaik sebagai ayam tambatan skuad PSG dan Perancis pada musim 2024-2025.

Ousmane Dembele telah mencatatkan 35 gol dan 16 bantuan jaringan dalam ke semua pertandingan yang beliau lalui iaitu 53 penampilan bersama skuad PSG pada musim lepas.

Beliau turut memenangi 5 piala bersama skuad PSG pada musim lepas iaitu Trophee des Champions, Ligue 1, Coupe de France, Liga Juara-Juara Eropah dan Piala Super Eropah.

Ousmane Dembele turut merangkul gelaran individu iaitu pemain terbaik tahunan Liga Perancis musim 2024-2025 dan penjaring terbanyak Liga pada musim lepas dengan 21 gol.

Beliau telah mengetepikan pesaing terhebat dalam Ballon D’Or pada tahun ini iaitu Lamine Yamal dan Raphael Raphinha yang kedua-duanya merupakan pemain Barcelona.