Live: Iran vs Malaysia, Kesebelasan Utama & Siaran TV Kelayakan Piala Asia Futsal
MakanBola
Adha/MakanBola

Tonton perlawanan penting Iran vs Malaysia dalam aksi Kelayakan Piala Asia Futsal 2026 di sini.

Malaysia ketika ini dalam landasan terbaik bagi melayakkan diri ke Piala Asia Futsal 2026 selepas berhasil mencatatkan dua kemenangan ke atas UAE dan Bangladesh pada Ahad lalu.

Maka, aksi berdepan Iran dalam perlawanan terakhir malam ini dengan kemenangan bakal memastikan tempat Malaysia selaku juara kumpulan G untuk layak Indonesia pada tahun hadapan.

Cabaran berat dihadapi pasukan futsal Malaysia bimbingan Rakhpol Sainetngam ini apabila Iran yang berada di ranking ke-5 dunia akan menjadi lawan terakhir di Kuantan malam ini.

Jika tewas, Malaysia masih berpeluang layak ke Piala Asia Futsal dengan tiket 7 naib juara terbaik untuk mengiringi 8 negara yang menempah tempat sebagai juara kumpulan.

Kesebelasan Utama Iran vs Malaysia

Info Siaran Langsung Iran vs Malaysia

Tarikh: 24 September 2025 (Rabu)
Masa: 8.30 Malam
Venue: Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan, Pahang.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.

Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.