Saksikan perlawanan antara JDT vs Bangkok United dalam saingan ACC Shopee Cup pada Khamis.
JDT bakal turun melayani kunjungan Bangkok United dalam aksi kedua peringkat kumpulan B Asean Club Championship (ACC) Shopee Cup dalam misi untuk sekali lagi mengutip 3 mata.
Cabaran oleh Bangkok United tidak boleh dipandang mudah selepas pasukan bimbingan Totchtawan Sripan ini cemerlang menewaskan kelab Malaysia, Selangor 4-2 pada minggu lalu.
Menurut Xisco Munoz, para pemain JDT perlu memanfaatkan kelebihan bermain di hadapan peminat sendiri dengan tampil lebih berkarakter tanpa memberi peluang buat pemain lawan.
“Kami memiliki kelebihan dengan beraksi di laman sendiri dan harus menunjukkan mentaliti, kekuatan dan karakter di tahap terbaik.”
“Kebiasaanya apabila anda membuka ruang kepada skuad Bangkok United akan memanfaatkan dengan cepat,” kata Xisco Munoz ketika aksi sidang media sebelum perlawanan.
Kesebelasan Utama JDT vs Bangkok United
Info Siaran Langsung JDT vs Bangkok United
Tarikh: 25 September 2025 (Khamis)
Masa: 5.30 petang
Venue: Stadium Sultan Ibrahim.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.