Penemuan seorang lagi pemain yang didakwa berketurunan Malaysia-Denmark, Sean Fetterlein.
Tonggak berbakat besar berusia 17 tahun itu lahir di Denmark kini mula mencipta nama selepas beraksi buat Copenhagen B-19.
Pertahanan kanan ini juga merupakan tonggak versatil tatkala masih boleh beraksi selaku pemain tengah dan kini sudah mengikat kontrak bersama kelabnya sehingga tahun 2027.
Beliau kini sudah beraksi dalam lima perlawanan U19 Boys League 2025/26 dan memulakan hampir separuh aksi dalam kesebelasan utama.
Sean memiliki pertalian darah dengan Malaysia menerusi ibunya yang merupakan penyanyi tersohor, Saseline Emanuelle Dreyer yang berasal dari Perak.
Bapanya, Frederick Fetterlein dalam satu temu bual kira-kira lima tahun lalu menyatakan keyakinan tinggi bahawa kelabnya, FC Copenhagen melihat potensi besar dalam diri anaknya itu.
“Kelab percaya bahawa Sean pasti akan menjadi pemain bola sepak terbaik Denmark, dan saya fikir dia akan lebih baik daripada Laudrup.
“Dia mempunyai bakat luar biasa, jadi jika tiada apa-apa berlaku seperti dia cedera, dia akan pergi sepanjang jalan.
“Dia baik, tetapi banyak yang boleh berlaku,” kata bapanya yang turut meluangkan masa berjam-jam untuk memantau bakat anaknya.
Baru-baru ini, Sean telah menyarung jersi Denmark B-18 dan membantu pasukan untuk menundukkan Ukraine dengan keputusan 3-0.
Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi berhubung status kerakyatan Sean Fetterlain daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).