Giliran Sabah Pula Dikenakan Sekatan Perpindahan FIFA?
MakanBola
Sabah FC

Selepas KL City FC, giliran Sabah FC pula dilapor dikenakan sekatan perpindahan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Khabar ini timbul susulan nama Sang Badak tersenarai dalam senarai kelab Malaysia yang dikenakan sekatan perpindahan FIFA.

Screenshot 182 Giliran Sabah Pula Dikenakan Sekatan Perpindahan FIFA?

Sekatan itu dilaporkan telah bermula sejak 16 September lalu dan berkuatkuasa untuk tiga jendela perpindahan.

Sekatan perpindahan itu berlaku lima hari sebelum aksi terbaru Liga Super antara Sabah dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Aksi tersebut berkesudahan dengan kemenangan 8-0 buat Harimau Selatan. Aksi itu turut menyaksikan Bergson da Silva muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman liga yang baharu.

Sekiranya khabar ini benar, Sang Badak bakal mengikut jejak pasukan Lembah Klang, KL City.

KL City turut dilaporkan dikenakan sekatan sama selepas gagal melunaskan tunggakan gaji bekas jurulatih penjaga gol, Guilherme Almeida.

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada sebarang komen rasmi daripada Malaysian Football League (MFL) atau pengurusan Sabah berhubung perkara ini.