Liga Super: Senarai Aksi Minggu 6, Waktu, Lokasi & Siaran TV
MakanBola
KL City FC

Selepas tamat aksi minggu ke 5, Liga Super musim 2025/26 bakal menyajikan lagi dengan aksi minggu 6.

JDT menewaskan Sabah 8-0. Terengganu dan KL City masing-masing menewaskan Melaka dan Brunei DPMM 4-0.

Aksi minggu 5 menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT), Terengganu, PDRM, Kuching City dan KL City mencatatkan kemenangan.

PDRM dan Kuching City masing-masing menewaskan Kelantan TRW dan Selangor. Satu-satunya perlawanan yang merekodkan keputusan seri ialah aksi Imigresen dan Negeri Sembilan.

Waktu, Lokasi & Siaran TV Liga Super

1 – Brunei DPMM vs Kelantan TRW

Tarikh: 26 September 2025 (Jumaat)
Masa: 8.15 Malam
Venue: Stadium Negara Hassanal Bolkiah
Siaran Langsung: Astro Arena Bola

2 – KL City vs Terengganu

Tarikh: 27 September 2025 (Sabtu)
Masa: 5.00 Petang
Venue: Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras
Siaran Langsung: TV Okey, Sukan RTM dan RTMKlik

3 – Negeri Sembilan vs Sabah

Tarikh: 27 September 2025 (Sabtu)
Masa: 9.00 Malam
Venue: Stadium Tuanku Abdul Rahman
Siaran Langsung: Astro Arena Bola

4 – Kuching City vs Imigresen

Tarikh: 28 September 2025 (Ahad)
Masa: 8.15 Malam
Venue: Stadium Negeri, Kuching
Siaran Langsung: Astro Arena Bola