Irfan Bakti: Tinggi Tiada Guna Kalau Tak Jaga Orang
MakanBola
Kelantan Red Warrior

Ketua jurulatih Kelantan Red Warrior, Irfan Bakti mengatakan sekiranya pemain itu tinggi tetapi tiada guna jika tidak mampu menjaga orang ketika beraksi.

Beliau mengatakan perkara tersebut selepas aksi Liga A1 di antara Selangor II dan Kelantan Red Warrior di Stadium UPM, Serdang pada Khamis.

Perlawanan tersebut menyaksikan skuad Kelantan Red Warrior tumpas kepada Selangor II dengan keputusan 2-1 bagi aksi minggu ke 6 Liga A1.

Menurut Irfan Bakti, gol Selangor hanya datang dari sepakan percuma dan tandukan bebas.

“Sebenarnya kalau kita lihat gol-gol yang dijaringkan hanya datang dari sepakan percuma dan tandukan bebas semasa sepakan penjuru.”

Tambah beliau, jaringan tersebut sepatutnya boleh dihalang oleh pemain-pemain yang mempunyai saiz ketinggian baik dari skuad Kelantan Red Warrior.

“Tidak sepatutnya pemain-pemain tinggi saya melepaskan bola tersebut seperti tidak berguna sekiranya tinggi tetapi tidak mampu menjaga pemain lawan,” kata Irfan Bakti selepas aksi di antara Selangor II dan Kelantan Red Warrior pada Khamis.

Kelantan Red Warrior bakal meneruskan aksi Liga A1 dengan menentang pasukan Perak di tempat lawan manakala Selangor II bakal menerima kunjungan Bunga Raya di halaman sendiri.