Selangor Umum Pengganti Segera Katsuhito Kinoshi
MakanBola
Sri Pahang FC

Keputusan untuk merehatkan Katsuhito Kinoshi menyaksikan tugas membimbing Selangor kini diambil alih oleh pengganti segera ini.

Pada Jumaat, Selangor menerusi sebuah kenyataan di laman media rasmi kelab mengumumkan bahawa Katsuhito Kinoshi telah pun direhatkan dari tugas utama selaku ketua jurulatih.

“Selangor FC dengan ini mengumumkan bahawa Katsuhito Kinoshi telah direhatkan daripada tugas beliau selaku Ketua Jurulatih pasukan utama,” umum Selangor FC.

Pemergian Katsuhito Kinoshi ini lantas menimbulkan tanda tanya berkenaan pengganti yang akan memegang peranan penting dalam mengendalikan skuad utama Sang Gergasi Merah.

Dalam kenyataan yang sama juga, Selangor FC menjawab persoalan penyokong dengan mengumumkan Christophe Gamel dinaikkan pangkat dari skuad muda yang beraksi di Liga A1 Semi Pro.

Gamel yang pernah membimbing Sri Pahang pada musim 2020 lalu berperanan selaku jurulatih Selangor II sebelum dilantik sebagai pengganti sementara Katsuhito Kinoshi.

Untuk rekod, Selangor II kendalian Christophe Gamel telah merekodkan 3 kemenangan dan satu keputusan seri dalam 4 aksi musim ini termasuklah ketika atasi Kelantan Red Warrior pada Khamis.