Kelab Arab Saudi Ini Sanggup Bayar Peminat Datang Bersorak Di Stadium
MakanBola
NEOM SC

Kelab dari Arab Saudi, Neom SC sanggup membayar para peminat dengan berharga RM46 untuk bersorak di stadium ketika aksi.

Neom SC yang beraksi di Liga Saudi Pro pada musim ini berjaya mencatatkan dua kemenangan dan satu kekalahan bagi 3 aksi pertama liga tersebut.

Skuad tersebut berjaya meraih kemenangan ketika aksi bertemu Damac dan Al Akhdoud selepas tumpas kepada Al Ahli Saudi pada perlawanan pertama Liga Saudi Pro musim ini.

Kelab tersebut turut dibarisi bintang-bintang ternama seperti Alexandre Lacazette, Said Benrahma dan Abdoulaye Doucoure.

Menurut sumber L’Equipe, kelab Neom SC sanggup memberi bayaran kepada peminat sebanyak RM 46 (11USD) kerana memberikan sorakan.

“Sukar dipercayai kerana Neom Sc, kelab yang baru dinaikkan pangkat ke Liga Pro Saudi membayar peminat palsu untuk menghadiri perlawanan dan membuat bising di tempat penonton.”

“Mereka dibayar 11 USD (RM 46) setiap permainan dan menerima arahan melalui kumpulan Whatsapp.”

“Pasukan ini menampilkan Lacazette dan ketua jurulatih ialah Christophe Galtier, bekas pengurus PSG,” tulis nextmexoficial10 dalam satu hantaran di laman Instagram.

View this post on Instagram

A post shared by NEXT MEX (@nextmexoficial10)

Neom bakal meneruskan aksi dalam pentas Liga Saudi Pro pada Sabtu dengan menentang Al-Riyadh di halaman lawan.