Penyerang berprolifik skuad Penyu, Yann Mabella mempelajari bahasa Melayu demi dapat berkomunikasi dengan mudah bersama semua pihak di Terengganu.
Beliau menyertai skuad Terengganu bermula musim ini pada 3 Julai 2025 dari pasukan, RFCU Luxembourg yang bermain di Liga Luxembourg.
Setakat ini, Yann Mabella telah mencatatkan 5 gol dan 2 bantuan jaringan dalam 7 penampilan awal bersama skuad Penyu.
Menurut Yann Mabella, beliau sangat cepat mempelajari sesuatu bahasa dan dapat memudahkan komunikasi bersama individu-individu penting di Terengganu.
“Saya dapat mempelajari bahasa dengan cepat jadi saya mula memahami sedikit perkataan bahasa Melayu.”
“Terengganu turut mempunyai pemain yang boleh berkomunikasi bahasa Perancis seperti Junior Sam dan saya juga mampu bercakap bahasa Inggeris jadi ia dapat memudahkan komunikasi di antara semua pihak di Terengganu,” kata Yann Mabella ketika sesi temubual bersama Astro Arena.
Skuad Penyu bakal bertemu pasukan The City Boys pada Sabtu di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.