Skuad Kelantan TRW berjaya menundukkan Brunei DPMM dengan keputusan 1-2 di Stadium Sultan Hassanal Bolkiah pada Jumaat.
Pasukan tuan rumah, Brunei DPMM membariskan Haimie Abdullah di bahagian penjaga gol dan Ramadhan Sananta mengemudi jentera serangan manakala Azwan Ali Rahman menggalas lilitan kapten.
Sementara itu, Kelantan TRW menurunkan Azfar Arif di benteng terakhir dan Ifedayo Omosuyi menjadi ayam tambatan skuad tersebut sambil menjadi ketua pasukan.
Skuad pelawat dilihat melancarkan beberapa serangan berbahaya ke arah gawang pasukan Brunei DPMM namun segala usaha tersebut tidak membuahkan hasil.
Memasuki minit ke 30′ kedua-dua pasukan masih gagal mencari gol pembukaan perlawanan walaupun dilihat mempamerkan aksi yang menarik
Kelantan TRW berjaya mendapatkan gol pembukaan perlawanan pada minit ke 36′ menerusi peledak berbisa, Ifedayo Omosuyi.
Brunei DPMM dilihat meningkatkan serangan ke kubu Kelantan TRW namun disiplin yang dipamerkan oleh skuad TRW ini harus diberi pujian.
Berselang 6 minit, Azam Azih turut menambah derita skuad Brunei DPMM hasil gol cantik ke arah gawang Haimie Abdullah bagi memastikan Kelantan mendahului dengan dua gol.
Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan keputusan 0-2 memihak kepada pasukan pelawat, Kelantan TRW.
Bersambung babak kedua perlawanan, Brunei DPMM dilihat tidak mengendurkan asakan meskipun sudah ketinggalan dengan 2 jaringan.
Brueni DPMM tampak menyerang kubu pasukan Kelantan TRW bagi memperoleh gol pertama skuad tersebut malam ini.
Jordan Rodrigues berjaya mendapatkan gol sulung bagi skuad tuan rumah pada minit ke 51′ bagi menceriakan penyokong sendiri.
Memasuki minit ke 75′ perlawanan skuad Kelantan TRW masih mendahului aksi walaupun perlawanan dilihat sedang ditingkatkan intensiti oleh kedua-dua pasukan.
Perlawanan separuh masa kedua tamat dengan keputusan 1-2 memihak kepada pasukan pelawat, Kelantan TRW sekaligus skuad Brunei DPMM terpaksa akur tumpas buat kali ke 4 dalam saingan Liga Super musim ini.