FIFA ‘Hukum’ FAM & 7 Pemain Warisan Harimau Malaya
MakanBola
Malaysia NT

Jawatankuasa Disiplin FIFA mengenakan tindakan tegas terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta tujuh pemain warisan Harimau Malaya selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Disiplin FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.

Mereka yang terlibat ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomás Garcés, Rodrigo Julián Holgado, Imanol Javier Machuca, João Vitor Brandão Figueiredo, Jon Irazábal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.

Kesemua pemain terbabit beraksi ketika Malaysia menentang Vietnam dalam kelayakan Piala Asia 2027 pada 10 Jun lalu, sebelum FIFA menerima aduan mengenai status kelayakan beberapa daripada mereka.

Selepas penelitian, FIFA menjatuhkan hukuman berikut:

  • FAM didenda CHF 350,000 (anggaran lebih RM1.8 juta).
  • Setiap pemain dikenakan denda CHF 2,000 (sekitar RM10,500).
  • Semua tujuh pemain digantung 12 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak.

Selain itu, isu kelayakan mereka untuk mewakili Malaysia telah dirujuk kepada Tribunal Bola Sepak FIFA untuk pertimbangan lanjut.

FAM dan pemain sudah dimaklumkan mengenai keputusan ini, dengan tempoh 10 hari diberi untuk membuat rayuan rasmi.