Kelab penyerang berbisa Harimau Malaya iaitu America de Cali tampil bersuara berkenaan status pemainnya, Rodrigo Rodrigo Holgado.
Baru-baru ini, FIFA telag mengeluarkan satu kenyataan untuk menggantung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh orang pemain termasuklah Holgado.
Kesemua pemain terbabit beraksi ketika Malaysia menentang Vietnam dalam kelayakan Piala Asia 2027 pada 10 Jun lalu, sebelum FIFA menerima aduan mengenai status kelayakan beberapa daripada mereka.
Perkara ini mendapat reaksi daripada kelab penyerang berusia 29 tahun itu yang bakal mematuhi segala prosedur undang-undang dalam menyelesaikan masalah ini.
“América de Cali memaklumkan peminatnya, media dan orang awam bahawa hari ini kami menerima pemberitahuan tentang sekatan yang dikenakan oleh FIFA ke atas pemain Rodrigo Holgado.
“Pemain ini perlu menjalani penggantungan selama 12 bulan daripada menyertai sebarang jenis aktiviti berkaitan bola sepak Sekatan ini akan berkuat kuasa mulai dari tarikh pemberitahuan.
Kelab Colombia itu bagaimanapun bakal berhubung rapat dengan FAM bagi memastikan isu ini dapat mencapai kata putus.
“Kedua-dua Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan pemain akan memfailkan rayuan sepadan yang diperuntukkan dalam Kod Tatatertib FIFA, supaya keputusan itu boleh disemak oleh pihak berkuasa yang berwibawa.
“Jabatan Undang-undang América de Cali akan kekal berhubung rapat dengan FAM bagi memantau perkembangan proses ini,” ujar kenyataan kelab.