Tunku Ismail: FIFA Dah Luluskan, Kenapa Bertukar?
MakanBola
Malaysia NT

Pencetus Revolusi Harimau Malaya, DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor tampil menjelaskan berkenaan isu yang melanda skuad kebangsaan dan FIFA.

Menerusi satu hantaran di laman X, Tunku Ismail menjelaskan bahawa pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah mengikuti segala proses bersama kerajaan Malaysia dan FIFA sebelum ini.

”FAM dah ikut proses dan kerjasama dgn FIFA & Kerajaan Malaysia.”

Malah, Baginda sempat hairan melihat keputusan FIFA yang bertukar ketika ini selepas badan induk bola sepak dunia itu meluluskan dan memberikan pengesahan berkaitan pemain warisan Malaysia.

“FIFA pun dah sahkan sebelum ini tetapi kenapa keputusan bertukar sekarang? Apa yang berlaku sampai tiba-tiba ada keputusan macam ini?”

“Adakah ada entiti luar yang terlibat mempengaruhi keputusan FIFA?” soal Baginda.

Keputusan menjatuhkan hukuman kepada Malaysia ini turut menimbulkan rasa hairan Baginda kerana dikenakan tanpa sebarang sebab dan dikeluarkan dalam public domain walau proses rayuan belum selesai.

“Lagi satu persoalan, hukuman dijatuhkan tanpa memberi sebab-sebab keputusan. Tambahan lagi FIFA cepat untuk mengeluarkan keputusan tersebut dalam public domain walaupun proses rayuan belum selesai.”

Tunku Ismail dalam hantaran sama turut berharap agar FAM segera melakukan rayuan kepada FIFA dengan memberikan sekali surat pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara sebagai bentuk berani kerana benar.

“Siapa berada di New York? Saya berharap FAM akan membuat rayuan secepat mungkin.”

“Ini adalah surat pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara. Tak kan kita takut dan nak tunduk dgn individu-individu yang khuatir dengan kebangkitan Harimau Malaya.”

“Lawan tetap lawan. Berani kerana benar.”