Pasukan Terengganu terpaksa akur apabila bakal kehilangan khidmat Akhyar Rashid selama 4 minggu.
Akhyar Rashid yang mula menyertai skuad Terengganu pada musim lalu selaku pemain pinjaman dari kelab JDT sebelum melengkapkan perpindahan secara tetap pada musim ini.
Kehadiran Akhyar Rashid sebagai pemain sayap di skuad Terengganu tampak memberikan impak positif pada musim ini dan lepas.
Beliau berjaya meledak 12 jaringan dan 8 bantuan gol sepanjang 45 penampilan bersama skuad Terengganu dari musim lepas sehingga setakat ini.
Kali terakhir beliau melakukan penampilan bersama skuad Terengganu adalah ketika pasukan tersebut menumpaskan Melaka dengan keputusan 4-0 di halaman sendiri pada 19 September lalu.
Menurut ketua jurulatih, Badrul Afzan, Akhyar Rashid memerlukan tempoh rehat yang agak lama.
“Beliau memerlukan rehat yang agak lama iaitu 2-4 minggu jadi sedikit merencatkan percaturan saya.”
Tambah beliau, Akhyar merupakan pemain penting skuad Penyu dan mengharapkan pengganti beliau dapat memberikan Impak yang baik.
“Akhyar Rashid merupakan pemain penting dalam skuad Terengganu. Saya harap pengganti Akhyar iaitu Baqiuddin yang baharu pulih dari kecederaan jadi kita perlu lihat nanti impak beliau,” kata ketua jurulatih Terengganu, Badrul Afzan ketika sidang media selepas perlawanan.
Terengganu bakal meneruskan aksi dalam saingan Liga Super dengan menentang pasukan Kelantan TRW di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 3 Oktober 2025.