Kim Pan-gon Dalam Radar Kelab Liga Malaysia ?
MakanBola
FA Malaysia

Bekas pengendali Harimau Malaya dan kelab dari Korea, Ulsan Hyundai, Kim Pan-gon ketika ini berada dalam radar beberapa kelab Liga Malaysia.

Beliau pernah membimbing skuad Harimau Malaya bermula Januari 2021 sehingga Julai 2024 dilihat menunjukkan prestasi yang menakjubkan.

Selepas itu, Kim Pan-gon telah menyertai pasukan dari Korea iaitu Ulsan Hyundai yang beraksi dalam liga utama Korea Selatan sebagai ketua jurulatih.

Beliau menunjukkan prestasi yang cukup baik sehingga dapat memenangi Liga Korea pada musim lepas.

Menurut Stadium Astro, Kim Pan-gon mempunyai pencapaian yang baik selepas memenangi Liga Korea pada musim lepas.

“Kim Pan-gon kini tidak memegang mana-mana peranan sejak berpisah dengan kelab Korea Selatan, Ulsan HD, pada Ogos lalu setelah membantu mereka menjuarai Liga K – 1 tahun lalu.”

Tambahan, Kim Pan-gon mempunyai pengalaman yang luas di Liga Malaysia sekaligus mempunyai kelebihan untuk dipikat dengan beberapa kelab Malaysia.

“Jurulatih berusia 56 tahun itu berpengalaman dalam selok belok saingan Liga Malaysia (Liga-M) sepanjang membimbing Harimau Malaya dari 2022-2024. Justeru, khidmatnya difahamkan sedang diintai oleh kelab Liga-M,” lapor Stadium Astro.