Facundo Garcés Kekal Tenang Hadapi Isu Digantung FIFA
MakanBola
Malaysia NT

Ketua jurulatih Alaves, Eduardo Goudet memberikan respons terhadap hukuman yang dikenakan ke atas pemain beliau, Facundo Garces oleh FIFA pada 26 September lalu.

Facundo Garces yang merupakan antara pemain utama bagi skuad dari LA Liga iaitu Deportivo Alaves turut terpalit berkaitan isu hukuman terhadap FAM dan 7 pemain warisan baharu Malaysia.

Beliau antara tonggak penting skuad Alaves pada musim ini apabila telah melakukan kesemua penampilan LA Liga secara kesebelasan utama bersama skuad tersebut sebelum timbul isu berkenaan.

Facundo Garces tidak diletakkan dalam skuad tersebut untuk aksi terbaharu pasukan Alaves pada 28 September lalu.

Menurut Eduardo Goudet, beliau terkejut mendengar khabar berita berkenaan Facundo Garces dan Facu merupakan tonggak penting untuk bola di udara ketika menentang Mallorca.

“Saya juga tidak akan mengatakan bahawa Garcés adalah pencetus dalam permainan. Topik Facu telah muncul secara mengejut, saya harap perkara tersebut diselesaikan dengan cara yang terbaik.

“Saya telah bercakap dengannya dan ketenangan yang dia ada dari segi menyelesaikan isu itu membuatkan saya tenang. Hari ini kami kehilangan dia dan Facundo adalah sebahagian daripada rancangan terutama mengenai permainan udara Mallorca.

Tambah Eduardo Goudet, beliau mahu perkara tersebut diselesaikan dengan baik.

“Perkara yang paling penting adalah bahawa saya dapat menyelesaikan masalah itu dengan tenang,” kata Eduardo Goudet ketika ditemubual bersama MARCA.

Deportivo Alaves bakal meneruskan aksi LA Liga dengan menentang pasukan Elche pada 5 Oktober ini.