Pemain tengah Amerika de Cali, Rafael Carrascal melaungkan sokongan terhadap pemain warisan negara Malaysia, Rodrigo Holgado berikutan isu hukuman FIFA kepada rakan sepasukan beliau.
Rodrigo Holgado bersama 6 lagi pemain warisan baharu negara iaitu Joao Figueiredo, Imanol Machuca, Facundo Garces, Jon Irazabal, Gabriel Palmero dan Hector Hevel dikenakan hukuman oleh FIFA pada 26 September lalu berikutan isu ketidaksahihan warganegara Malaysia.
Beliau yang mula menyertai skuad kebangsaan pada Jun lalu selepas dikenal pasti mempunyai darah keturunan Malaysia melalui nenek beliau.
Selepas itu, Rodrigo Holgado melakukan debut ketika bertemu skuad Vietnam dan turut meledak jaringan pada aksi tersebut.
Menurut Rafael Carrascal, beliau mengharapkan yang baik sahaja untuk Rodrigo Holgado supaya dapat kembali bermain bola sepak.
“Saya doakan yang terbaik untuk dia. Saya harap Tuhan mahu dia keluar dari itu, kerana itu tidak diingini sesiapa dan dia boleh melakukan apa yang dia suka, iaitu bermain bola sepak,” kata Rafael Carrascal ketika sidang media perlawanan America de Cali dan Envigado.
America de Cali bakal meneruskan aksi dalam Copa Colombia dengan menentang Junior di halaman lawan pada 3 Oktober.