Richard Chin Sertai Inisiatif Gesa UEFA Usir Negara Haram
MakanBola
Raith Rovers FC

Pemain bek sayap Harimau Malaya, Richard Chin menjadi sebahagian daripada kumpulan atlet profesional yang menggesa UEFA untuk menyingkirkan Israel sebagai negara ahli.

Fakta menarik ini dikongsikan akaun Harimau Abroad menerusi satu hantaran di X baru-baru ini.

Inisiatif yang dipanggil Athletes4Peace ini dibuat dengan tujuan mahu Israel disingkirkan daripada arena bola sepak antarabangsa terutama di Eropah.

Ini susulan kekejaman rejim Israel ke atas rakyat Palestin terutama di Semenanjung Gaza. Angka terkini menyaksikan lebih 65,000 orang awam terbunuh di wilayah berkenaan.

“Pemain sayap Raith Rovers, Richard Chin ialah salah seorang daripada atlet termasuk Anwar El Ghazi, Hakim Ziyech dan Cheick Doucoure yang menyertai pergerakan #Athletes4Peace yang menyeru penggantungan Israel daripada semua pertandingan,” katanya di X.

Selain Richard, beberapa pemain berprofil tinggi turut menandatangani inisiatif sama. Antara yang berbuat demikian Paul Pogba, Ziyech dan El Ghazi.

Richard bukan satu-satunya pemain Asia yang menyertai inisiatif tersebut. Inisiatif ini turut mendapat sokongan pemain lain termasuk jeneral tengah Bangladesh, Hamza Choudhury.

Inisiatif ini turut mendapat sokongan pemain kriket terkenal England, Moeen Ali, bekas juara tinju kategori super-middleweight Sukan Komanwel, Zak Chelli dan bekas pengurus The Foxes, Nigel Pearson.

Senarai penuh 50 atlet dari pelbagai disiplin sukan yang mahu UEFA menyingkirkan Israel sebagai negara ahli boleh dirujuk di sini.