JDT Berjaya Sekat Corak Hantaran Jauh Machida Zelvia
MakanBola
JOHOR SOUTHERN TIGERS

Skuad JDT berjaya menyekat segala percubaan dan corak hantaran jauh dari pasukan Machida Zelvia bagi aksi kedua ACLE pada Selasa.

Harimau Selatan berjaya menguasai perlawanan sebanyak 54 peratus pada perlawanan bertemu Machida Zelvia dan menghalang hantaran bola tinggi skuad tersebut.

Syihan Hazmi meraih gelaran pemain terbaik perlawanan selepas menepis segala percubaan yang dilakukan oleh pemain-pemain dari kelab Jepun, Machida Zelvia.

Menurut Xisco Munoz, skuad beliau sedikit mengalami masalah pada babak pertama namun Harimau Selatan berjaya bangkit ketika aksi babak kedua.

“Saya rasa pasukan itu memberikan persembahan yang sangat baik. Pada separuh masa pertama, kami bergelut sedikit tetapi kami meningkat pada separuh masa kedua.”

Tambah Xisco Munoz, skuad JDT tidak mudah bertemu dengan pasukan yang sering bermain bola tinggi dan harus mengekalkan momentum yang sama sepanjang 90 minit.

“Bukan mudah untuk bermain permainan sebegini dengan rentak sebegini jadi saya perlu mengucapkan tahniah kepada pemain di atas persembahan. Kami menghadapi pasukan yang sangat fizikal yang cuba bermain banyak bola panjang dan kami berjaya mengatasinya.”

“Kami perlu meneruskan selama 90 minit untuk berada pada intensiti dan kapasiti yang sama,” kata Xisco Munoz ketika sidang media selepas perlawanan.

JDT akan meneruskan aksi dalam pentas Piala FA dengan menentang UM-Damansara pada Khamis dan Machida Zelvia bakal bertemu Sanfrecce Hiroshima bagi perlawanan Liga 1 Jepun di halaman lawan.