ACL2: Kedudukan Semasa Selangor Selepas Tewas Kepada Lion City Sailors
MakanBola
Selangor FC

Tempat Selangor dalam saingan kumpulan AFC Champions League Two (ACL2) kini dalam bahaya setelah kalah kepada Lion City Sailors pada Rabu.

Perlawanan di Stadium Bishan tersebut menyaksikan peledak berbisa Lion City Sailors, Anderson Lopes menjaringkan 4 gol bagi memberikan kekalahan 4-2 buat Selangor di Singapura.

Dua gol saguhati Selangor dijaringkan oleh tendangan penalti Chrigor Moraes dan Faisal Halim di babak kedua namun tidak cukup untuk Gergasi Merah meraih mata sulung bagi saingan ACL2.

Kekalahan kedua ini meletakkan Selangor di tangga tercorot kumpulan G tanpa sebarang mata selepas dua aksi manakala Lion City Sailors pula berada di kedudukan teratas dengan 4 mata.

Satu lagi perlawanan menemukan Bangkok United dan Persib Bandung yang sedang berlangsung ketika ini di Stadium BG dengan kedudukan semasa sedang memihak kelab Indonesia itu.

Aksi peringkat kumpulan seterusnya bakal berlangsung pada 23 Oktober hadapan dengan Selangor akan berdepan Persib Bandung di tempat lawan manakala Lion City Sailors bertemu Bangkok United.