Penyokong setia Harimau Malaya atau lebih dikenali sebagai Ultras Malaya memberikan respons terhadap isu hukuman FIFA kepada FAM & 7 pemain warisan negara pada 26 September.
Hal ini telah disuarakan oleh Ultras Malaya pada Rabu. UM berharap pihak FAM dapat memberikan keterangan yang lebih terperinci berkenaan isu ini secepat mungkin.
Menurut Ultras Malaya, sudah beberapa hari Harimau Malaya telah dimalukan dan menuntut pihak KDN, JPN & FAM memberikan penerangan yang lebih mendalam.
“Sudah 4 hari maruah negara & Harimau Malaya dipijak2 & dimalukan dipentas antarabangsa, kami menuntut pihak yg bertanggungjawab memberi penerangan dengan jujur apa sebenarnya yang berlaku.”
“Kami menuntut agar pihak KDN & JPN memberi penerangan adakah permohonan & proses kewarganegaraan 7 pemain yang terlibat diurus dengan baik & teliti. Kami menuntut penerangan dari pihak KDN & JPN bagaimana apa yang terkandung Perkara 19 Perlembagaan Malaysia bertentangan dengan kelulusan permohonan kerakyatan 7 pemain terbabit.”
“Kami juga menuntut pihak Football Association of Malaysia memberi penerangan apakah kesilapan teknikal yang telah dilakukan ketika penyerahan dokumen kepada pihak FIFA Bagaimana kebodohan ini boleh berlaku.”
Tambahan, Ultras Malaya menuntut pihak yang bertanggungjawab menerangkan lebih terperinci berkenaan pemain berketurunan untuk memastikan semua penyokong Harimau Malaya bersatu hati dan UM berharap FAM dapat memulihkan maruah negara.
“Kami juga menuntut CEO atau Timbalan CEO Pasukan Kebangsaan segera mendedahkan susur galur pemain2 terbabit.”
“Penerangan ini penting bagi meredakan pelbagai spekulasi yang timbul dari kesamaran berkenaan perkara ini selain dari diharap dapat memulihkan sikit sebanyak imej negara & Harimau Malaya. Ketika ini rakyat & penyokong Harimau Malaya berpecah & berbalah mengenai isu ini akibat dari pelbagai cerita yang timbul.”
“Walaupun kami amat kecewa & marah dengan kebodohan kesilapan teknikal FAM, kami 100% menyokong usaha FAM membuat rayuan kepada FIFA demi memulihkan imej negara & Harimau Malaya. Kebodohan kesilapan teknikal FAM akan kami ajar sebaik isu ini selesai,” kata Ultras Malaya dalam satu hantaran di laman media sosial.
Harimau Malaya bakal meneruskan aksi dalam kelayakan Piala Asia pada 9 & 14 Oktober ini dengan menentang pasukan kebangsaan Laos.