Persib Bandung berjaya menundukkan pasukan tuan rumah, Bangkok United dalam aksi kedua ACL 2 dengan keputusan 0-2 di Stadium BG pada Rabu.
Skuad julukan Bangkok Angels menurunkan Patiwat Khammai di posisi penjaga gol dan Pratama Arhan sebagai bek kiri manakala Muhsen Al-Ghassani mengemudi jentera serangan.
Sementara itu, Persib Bandung membariskan Teja Paku di benteng terakhir dan Beckham Putra sebagai ayam tambatan skuad tersebut.
Pasukan tuan rumah, Bangkok United dilihat menguasai perlawanan di awal separuh masa pertama dengan melakukan beberapa percubaan ke arah Teja Paku namun gagal menerjah gawang.
Persib turut melepaskan satu rembatan kencang ke kubu Bangkok United namun ketangkasan Patiwat Khammai harus diberi pujian.
Persib Bandung berjaya membuka akaun jaringan aksi pada minit ke 42′ menerusi Andrew Jung sekaligus menutup babak pertama dengan 1 gol di hadapan.
Bersambung babak kedua perlawanan, Bangkok United terus mengasak kubu Persib Bandung bagi mencari jaringan penyamaan.
Persib Bandung mudah menahan segala serangan dan tekanan yang diberikan oleh pasukan tuan rumah, Bangkok United.
Memasuki minit ke 65′ skuad julukan Pangeran Biru kekal mendahului perlawanan dengan 1 jaringan.
Uilliam Barros menambah jaringan kedua aksi pada minit ke 71′ bagi mengukuhkan kedudukan skuad Pangeran Biru.
Perlawanan tamat dengan keputusan 0-2 memihak kepada pasukan pelawat, Persib Bandung sekaligus meraih 3 mata penuh.
Bangkok United bakal meneruskan aksi dengan menentang Nakhon Ratchasima dalam Liga Thailand pada 5 Oktober dan Persib Bandung akan bertemu PSBS Biak di halaman lawan pada 17 Oktober.