Johor Darul Ta’zim (JDT) III muncul juara Piala Presiden edisi 2025.
Peluang anak buah Pedro Cellado Celda bergelar juara tampak cerah di mana mereka hanya perlu meraih dua mata daripada baki tiga perlawanan.
Ini ditambah dengan kelebihan lapan mata selaku pendahulu liga, jauh meninggalkan pencabar terdekat, Selangor FC di tempat kedua.
Misi itu direalisasikan JDT III apabila mereka turun menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Pasir Gudang pada 1 Oktober lalu.
Daniesh Amirruddin meletakkan JDT III di hadapan menerusi gol pada minit kelapan dan minit akhir babak pertama.
Naim Zainudin terus menghambat penjaring terbanyak Piala Presiden, Izzuddin Afif Nazarudin dengan menyumbat dua gol lagi pada babak kedua. Keputusan 4-0 kekal sehingga tamat perlawanan.
JDT III berpeluang mengakhiri musim 2025 dengan kemenangan dengan baki dua aksi liga.