7 pemain warisan Harimau Malaya yang dikenakan sekatan FIFA pada 26 September lalu dijangka tiada dalam senarai untuk menentang Laos.
Hal ini disebabkan hukuman FIFA terhadap 7 pemain warisan yang didakwa memalsukan dokumen keturunan Malaysia sehingga dapat menyarung jersi Harimau Malaya.
FAM hanya diberi masa 10 hari untuk membuat rayuan berikutan isu ini bermula 26 September lalu.
Menurut T. Avineshwaran senarai nama panggilan skuad Malaysia bakal diumumkan pada 3 hb.
“Difahamkan bahawa senarai panggilan Malaysia sepatutnya dikeluarkan esok dan pemain akan melaporkan pada 5 hb paling awal dan paling lambat 6 hb. Itulah rancangannya.”
Tambah beliau, difahamkan 7 pemain warisan yang digantung oleh FIFA tidak akan dipanggil bagi aksi menentang pasukan Laos.
“Tujuh yang disebut oleh FIFA digantung jadi mereka tidak akan memainkan peranan ketika bertemu Laos melainkan perintah penangguhan digunakan,” kata T. Avineshwaran dalam satu hantaran di laman X.
Sehingga kini, masih belum ada pengesahan rasmi berkenaan senarai panggilan skuad Harimau Malaya bagi aksi kelayakan Piala Asia pada Oktober bertemu Laos.